Tuesday, May 3, 2011

Company Profile

BookArt Distributor adalah sebuah syarikat kontraktor pembekal bahan bacaan Islam 100% Bumiputera yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) , Kementerian Kewangan Malaysia , Kementerian Sumber Manusia dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Syarikat ini telah ditubuhkan pada 22 Mac 2010 dan berpengkalan di Sungai Petani Kedah, bertujuan untuk menjadi pembekal bahan ilmiah islam dalam dan luar negara terbesar di kawasan utara. Ini seiring dengan seruan kerajaan ingin menjadikan masyarakat membaca pada hari ini. Syarikat ini telah membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat hari ini bagi membina kerjaya di bawah satu ukhwah yang erat sesama pekerja tidak kira tua dan muda. Ini juga adalah untuk menjayakan agenda melahirkan lebih ramai ushawan muda bumiputera professional yang berwibawa dan bertaraf global selaras dengan objektif dan matlamat Negara menuju kearah wawasan 2020 .

Objektif.
Objektif utama penubuhan syarikat BookArt Distributor adalah bertujuan untuk menyampaikan dakwah ajaran islam dan merapatkan ukhwah di kalangan umat islam diMalaysia terutamanya dalam bentuk penulisan yang mana dapat bertahan lama dan mudah untuk dijadikan rujukan dari generasi ke generasi.

Misi.
Misi utama syarikat adalah menjadikan masyarakat Islam hari ini celik pada keindahan agama islam.

Moto Syarikat.
Sampaikan Dariku Walau Sepotang Ayat... Sabda Rasulullah S.A.W